Don't Blame It On Love

"Don't Blame It On Love" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Yuna menampilkan duet bersama penyanyi Amerika Syarikat, Pink Sweats. Diterbitkan oleh Robin Hannibal, ia dikeluarkan pada 22 Jun 2021 sebagai single keempatnya untuk album studio kelapan beliau dan album antarabangsa kelimanya yang akan datang.[1][2][3]